Pada hari ini,penulis akan menerangkan sedikit sebanyak tentang Bapa Kemerdekaan Malaysia.
Beliau ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Biodata beliau:
Nama :
Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Lahir :
08 Februari 1903, di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar (Istana Pagoda).
Pendidikan :
1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916 - Penang Free School, Penang.
1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge.
1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London.
Kerjaya :
- 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.
- 1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.
- 1956 - Rombongan Merdeka ke London.
- 1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama.
- 1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.
- 1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963.
- 1970 - Bersara dari Politik.
- 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah. Seluruh Negara berkabung atas pemergian Almarhum. Seluruh dunia menghantar Ucap Takziah. Atas wasiat Almarhum, jenazah disemadikan di Makam Di Raja Langgar.
Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra.Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah.
Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan..
YTM TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA(31 Ogos 1957-22 Sept 1970)Jangan sesiapa berfikir kita telah sampai ke penghujung jalan: Kemerdekaan memanglah sesuatu yang penting dalam sejarah kita tetapi ia hanyalah permulaan kepada usaha baru dan berdaulat.