Kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 perlu dibajai supaya
pengisisannya dapat dinikmati oeleh setiap lapisan masyarakat. Tun Abdul Razak
Bin Dato' Hussein yang mula memegang tampuk pemerintahan selaku Perdana Menteri
pada 22 September 1970telah meneruskan dasar pembangunan dengan memperkenalkan
Dasar Ekonomi Baru pada Julai 1971 yang mana telah memberi tumpuan pada usaha
merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Untuk mencapai hasrat
tersebut, Tun Abdul Razak telah mengorak langkah dengan memperkenalkan
Rancangan Buku Hijau pada tahun 1974 sebagai sambungan kepada Rancangan Buku
Merah 1960. Melalui rancangan ini kerajaan berazam untuk menggunakan sepenuhnya
tanah terbiar serta meneroka kawasan baru untuk pertanian. Atas kesedaran
bahawa agihan ekonomi dan pembangunan yang stabil menjadi pemangkin kepada
kestabilan negara, Tun Abdul Razak menggalakkan penghijrahan orang kampung ke
bandar untuk memecah tradisi lapuk, " Selagi
orang melayu di luar bandar bercucuk tanam, orang cina memenuhi bandar kerana
berniaga dan orang india sebagai pekerja ladang, maka selama itulah perimbangan
ekonomi antara kaum tidak dapat diwujudkan".
(Pekan, 1 Mei 1971). Untuk terus meningkatkan taraf hidup rakyat, Tun Abdul
Razak telah memperkenalkan pelbagai gerakan seperti Gerakan Maju, Gerakan
Jaya Diri dan Gerakan Pembaharuan. Gerakan ini bertujuan menyuntik semangat dan
kesedaran masyarakat khususnya orang melayu supaya mereka aktif merancang
pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan.
Melalui dasar ekonomi baru, beberapa agensi penggerak seperti
Perbadanan Nasional (PERNAS), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Majlis
Amanah Rakyat (MARA) dan Bank Bumiputra serta Petrolium Nasional Berhad
(PETRONAS) telah menjadi jentera pembangunan untuk memacu ekonomi negara.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) menjadi usaha Tun Abdul Razak untuk seluruh rakyat
Malaysia.
Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan pada tahu 1970
sebagai wadah untuk mencapai matlamat Dasar Pelajaran Kebangsaan. Selain
matmalamat menjadikan bahasa nekayu sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah, dasar ini juga bertujuan melahirkan masyarakat bersatu padu
dan berdisiplin serta melahirkan rakyat yang terlatih untuk pembangunan negara.
Tun Abdul Razak telah mengabil tindakan politik yang berani dengan mengadakan
hubungan diplomatik dengan Negara Cina Komunis pada 28 Mei 1974. Ikatan
hubungan politik ini dapat menyekat sokongan negara komunis dengan Parti
Komunis Malaya (PKM) serta memberikan peluang-peluang perdagangan dua hala
untuk pembangunan negara.