Sejarah awal
Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal berusia 40,000 tahun yang
ditemui di Kompleks Gua Mulu dan kompleks gua niah, Sarawak. Secara dasarnya
sejarah negara ini telah melalui empat zaman utama sejarah manusia iaitu
Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial.
Semenanjung Melayu
berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan Indiamemulakan perdagangan mereka melalui pelabuhan di Selat
Melaka. Penemuan beberapa tapak arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan
wujud petempatan pesisiran pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa
kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke-10 adalah
merupakan penemepatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Ini termasuk
Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga
Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran
ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis pada tahun 1511
diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di
Selat Melaka.
Manakala di Borneo
pula, kewujudan kerajaan purba Marudu sebelum abad ke-13 Masehi dan Santubung
lebih awal lagi membuktikan telah wujud entiti politik yang mendahului
kewujudan Kesultanan Brunei dan kesultanan Sulu.